GALERI MULTIMEDIA

VIDEO VIDEO

 

HUBUNGI KAMI

INSTITUT KAJIAN SEJARAH DAN PATRIOTISME MALAYSIA (IKSEP) 

Graha IKSEP

No.6,

Jalan Mutiara Melaka 3,

Taman Mutiara Melaka,

Batu Berendam,

75350 Melaka

 

Tel:

06-317 4475

Tel:

06-317 5324

Tel:

06-317 5450

Tel:

06-317 6224

Fax:

06-317 2671

 

email

 

fb1fb2

 

SIAPA DI TALIAN

We have 25 guests and no members online

 


Utama / Galeri / Buku-Buku IKSEP/ Buku IKSEP 2009 - 2001 (3)

 

Bil

Buku

Keterangan

15.

 

      Harga : RM 5.00

 

Editor : Hj. Mohd Yassin Ahmad

 

 Sinopsis :

 

Dondang Sayang atau disebut juga Dendang Sayang oleh orang Melaka membawa dua pengertian, bila disebut berdendang bermakna bernyanyi untuk bersuka-suka atau menghibur hatu.  Apabila disebut sayang akan membawa erti kasih iaitu melakukan dengan geraklaku yang lembut dan penuh mesra.  Dari dua pengertian di atas maka bolehlah didefinasikan Dondang Sayang atau Dendang Sayang itu Lagu Kasih atau Nyanyian Kasih.  

 

16.

 

 

         Harga : RM 5.00

 

Editor : Hj. Mokhtar Yasin( Sasterawan Negeri Melaka )

 

 Sinopsis :

 

Puisi tradisional Melayu turun-temurun yang tertua di dalam Budaya Melayu. la adalah akar budi dan daya rasa yang selalu membijaksanakan fikiran dan memperindah perasaan. Boleh dikatakan semua suku bangsa di Alam Melayu mempunyai bentuk pantunnya sendiri dalam dialek atau bahasa ibunda masing-masing mempunyai kedudukan tersendiri sebagai alat untuk menyatakan hajat -pembayang niat, bunga istiadat, pembuka kata, penamat bicara, pengucapan rindu dagang merantau.  Sistem kekeluargaan yang terikat erat dengan adat dan peraturan terpancar dalam bentuk puisi pantun yang kukuh sifatnya sentiasa dijaga dan dipelihara. Jika berubah dari sifat dan bentuk asasinya ia tidak lagi dinamakan pantun.  Justeru itu pantun digunakan dalam kehidupan budaya Melayu peninggalan pusaka nenek moyang mewariskan kepada kita dari pujangga tak bernama, khazanah yang memperkayakan perbendaharaan sastera.  Semenjak kerajaan-kerajaan Melayu ditubuhkan seperti Kerajaan Melayu Champa dan Srivijaya dalam abad ke-7 dan kemuncak Empayar Melayu Melaka pada abad ke-15 dan 16 merupakan puisi yang begitu diminati oleh orang-orang Melayu hinggalah ke hari ini.  

 

 

 

 

17.

 

        Harga : RM 5.00

 

Editor : Hj Md Ali Bachik

 

 Sinopsis :

 

Nazam merupakan sebuah puisi klasik Melayu pengaruh Arab. Pada zaman dahulu, pedagang -pedagang dari Asia Barat atau Timur Tengah iaitu Arab dan Parsi telah datang ke Melaka untuk berdagang. Selain berniaga mereka juga mengajar agama Islam kepada penduduk tempatan. Selain kitab suci AI-Quran, kitab-kitab Hadis, Kitab Tauhid, Fekah, Tasauf dan Tajwid juga diperkenalkan. Selain itu, mereka juga memperkenalkan Kitab Berzanji yang di dalamnya mengandungi pelbagai puisi Arab seperti Ratib, Berzanji, Syair, Burdah, Qasidah, Nasyid. Thamsil, Rubai, Kithah, Masnawi, Marhaban, Ghazal, Bayt dan Nazam. 

 

 

18.

 

        Harga : RM 25.00

 

Editor : Datuk Paduka Ramlah Adam

 

Sinopsis :

 

Pilihanraya merupakan salah satu asas berkerajaan sendiri dan mengisi kemerdekaan sesebuah negara berdasarkan pengamalan Sistem Demokrasi adalah satu proses dan satu sistem yang membolehkan rakyat negara bangsa bebas merdeka memilih pemimpin dan parti yang akan membentuk kerajaan.  Bagi Persekutuan Tanah Melayu, peruntukan Perjanjian Persekutuan 1948 yang menjanjikan pilihanraya kepada Tanah Melayu pada satu masa yang sesuai. 

19.

 

 

     Harga : RM 25.00

 

Editor : Ishak Salleh/Daud Awang

 

Sinopsis :

 

Buku ini adalah buku pertama IKSEP yang berkonsepkan novel/biografi.  Buku ini mengisahkan seorang anak Melaka, Abdul Samad Amjah (Pak Samad) yang berasal dari Pengkalan Rama, Melaka menceritakan tentang suka duka pengembaraan dan pengalaman hidupnya merantau di negara orang dan bagaimana dia telah berjaya menjadi anak Melayu dan orang Asia pertama yang telah memenangi kes mahkamah White Australian Policy, berkaitan hak kemanusiaan.  Pak Samad juga merupakan lambang orang Melayu yang tidak melupakan asal usulnya kerana beliau masih lagi mengamalkan budaya melayu dan agama Islam


 

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6