GALERI MULTIMEDIA

VIDEO VIDEO

 

HUBUNGI KAMI

INSTITUT KAJIAN SEJARAH DAN PATRIOTISME MALAYSIA (IKSEP) 

Graha IKSEP

No.6,

Jalan Mutiara Melaka 3,

Taman Mutiara Melaka,

Batu Berendam,

75350 Melaka

 

Tel:

06-317 4475

Tel:

06-317 5324

Tel:

06-317 5450

Tel:

06-317 6224

Fax:

06-317 2671

 

email

 

fb1fb2

 

SIAPA DI TALIAN

We have 73 guests and no members online

 


Utama / Galeri / Buku-Buku IKSEP/ Buku IKSEP 2009 - 2001 (6)

 BUKU-BUKU IKSEP 2009 - 2001

 

Bil

Buku

Keterangan

1.

 

 

       Harga : RM 150.00

 

Editor : Datuk Paduka Prof. Dr. Hjh Ramlah Adam

 

Sinopsis :

 

 

 

Buku ini tentang kajian biografi seperti tokoh pejuang-pejuang kemerdekaan memaparkan kejayaan serta sumbangan seseorang individu yang telah berjasa kepada masyarakat, bangsa dan negaranya.  Tokoh-tokoh yang dipaparkan dalam penerbitan ini adalah mengikut peredaran zaman  iaitu zaman sebelum kemerdekaan, kedatangan Barat, tokoh-tokoh zaman British, tokoh selepas perang, pra-kemerdekaan dan beberapa orang tokoh masa kini seperti Tun Mahathir Mohamad Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi

2.

 

         Harga : RM 5.50

 

Editor : Prof.Dato' Zainal Abidin Bin Abdul Wahid

 

Sinopsis : 

 

 

 

 

Buku ini memaparkan secara mikro tentang pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-14 hingga awal abad ke-16.  Kesultanan Melayu Melaka yang diterajui oleh seorang Sultan dan dibantu oleh pembesar-pembesar kanan telah mengamalkan satu corak pentadbiran moden. Corak pemerintahan dan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka menjadi model dan ikutan kepada kerajaan-kerajaan Melayu lain di sekitar Nusantara pada masa itu.  Sementara agama Islam menjadi tunjang kepada sistem pemerintahan dan pentadbiran.  Bahasa Melayu ketika itu menjadi bahasa antarabangsa dan digunakan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain.

 

3.

 

       Harga : RM 40.00

 

Editor : Institut Kajian Sejarah Patriotisme Malaysia (IKSEP)

 

Sinopsis :

 

Penerbitan buku ini adalah untuk meningkatkan kefahaman para pegawai kerajaan negeri Melaka tentang peraturan-peraturan rasmi dalam adat-istiadat rasmi negeri Melaka terutamanya ketika menghadiri majlis rasmi kerajaan yang melibatkan pembesar-pembesar negara.  Protokol amat penting kerana menggambarkan imej, peraturan dan sistem yang baik bagi sesebuah kerajaan.  Buku ini berkonsepkan penerangan mudah berdasarkan gambar darjah kebesaran, bintang dan pingat ini telah diterbitkan dan dilancarkan pada bulan Oktober 2004

 

4.

 

      Harga : RM 25.00

 

Editor : Prof.Emeritus Datuk Wira Dr. Mohd Yusoff Bin Hashim

 

Sinopsis : 

 

Buku ini memaparkan tentang kehidupan Tun Perak setengah abad yang berkhidmat di bawah empat orang Sultan yang berjaya membina Empayar Melaka.  Dalam era Tun Perak, merupakan zaman keemasan dimana telah berlaku penguasaan seluruh Semenanjung Malaysia, pantai timur Sumatera hingga ke selatan Riau-Lingga-Tungkal, pengawalan seluruh jalan dan laluan perairan dan perdagangan Selat Melaka.  Ini menjadikan Empayar Melaka sebagai sebuah empayar yang disegani dunia sehingga menjadi rebutan negara-negara Eropah

 

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6