GALERI MULTIMEDIA

VIDEO VIDEO

 

AUDIO

 

HUBUNGI KAMI

INSTITUT KAJIAN SEJARAH DAN PATRIOTISME MALAYSIA (IKSEP) 

Graha IKSEP

No.6, Jalan Mutiara Melaka 3,

Taman Mutiara Melaka,

Batu Berendam,

75350 Melaka

 

Tel:

06-317 4475

Tel:

06-317 5324

Tel:

06-317 5450

Tel:

06-317 6224

Fax:

06-317 2671

 

email

 

fb1fb2

 

SIAPA DI TALIAN

We have 24 guests and no members online

 


Utama / Korporat / Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN

 

Berbekalkan rasa tanggungjawab dan nilai kesedaran sivik yang tinggi terhadap bangsa dan negara IKSEP memperkukuhkan peranan untuk membawa masyarakat sentiasa menyedari akan kepentingan memelihara nilai sejarah dan warisan serta perpaduan yang utuh demi kemakmuran dan keharmonian di kekalkan.

 

Peranan IKSEP meliputi bidang sejarah, patriotik,jati diri, perpaduan, sosial sains, bahasa dan sastera dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti dan penyampaian maklumat yang tepat adalah amat penting, Maka kami dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga serta pemikiran dan usaha untuk :-

 

1.Merancang dan melaksanakan kajian dan penyelidikan yang bermutu tinggi berdasarkan fakta yang kukuh;

 

2.Menganjurkan persidangan, konvensyen, seminar, bengkel dan forum yang berkualiti
dan input-input yang membina pengetahuan masyarakat;

 

3.Menerbit dan menghasilkan buku-buku yang berkualiti tinggi dan disiapkan dalam tempoh 

tidak lebih atau kurang dari tempoh masa yang telah ditetapkan;

 

4.Merancang dan melaksanakan aktiviti serta program berjadual secara berterusan sepanjang tahun;

 

5.Menguruskan acara/program dengan cekap, pantas, teratur dan lancar;

 

6.Memastikan pelanggan/pertanyaan terhadap IKSEP atas apa jua isu-isu sejarah, patriotisme,

jati diri, bahasa dan sastera akan dilayan dengan mesra, baik dan professional

serta tepat berdasarkan kepada fakta;

 

7.Memastikan segala aduan dan cadangan yang diterima IKSEP akan ditetiti dan diselesaikan dengan penuh tanggungjawab.

 

 

**Piagam Pelanggan ini di kemaskini setahun sekali.

 

**Sila klik untuk melihat Pencapaian Piagam Pelanggan.