GALERI MULTIMEDIA

VIDEO VIDEO

 

AUDIO

 

HUBUNGI KAMI

INSTITUT KAJIAN SEJARAH DAN PATRIOTISME MALAYSIA (IKSEP) 

Graha IKSEP

No.6, Jalan Mutiara Melaka 3,

Taman Mutiara Melaka,

Batu Berendam,

75350 Melaka

 

Tel:

06-317 4475

Tel:

06-317 5324

Tel:

06-317 5450

Tel:

06-317 6224

Fax:

06-317 2671

 

email

 

fb1fb2

 

SIAPA DI TALIAN

We have 31 guests and no members online

 


Utama / Korporat / Sejarah IKSEP

SEJARAH PENUBUHAN

 

Ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Melaka dan mula beroperasi Pada 1 Jun 1994. Penubuhan IKSEP selaras dengan resolusi konvensyen Melaka Warisan Dunia yang diadakan pada April 1993. Pelancaran rasminya dilakukan Ketua Menteri Melaka pada masa itu, Tan Sri Haji Abdul Rahim bin Datuk Tamby Chik pada 16 Ogos 1994 sempena dengan pelancaran Konvensyen Kebangsaan Sejarah Malaysia di Dewan Hang Jebat, Pusat Ekspo, Ayer Keroh, Melaka. Dalam mesyuarat MMKN bertarikh 23 Februari 1994, IKSEP diwartakan di bawah akta syarikat 1965 sebagai sebuah Syarikat Berhad menurut jaminan dan merupakan sebuah syarikat yang tidak mencari keuntungan.

 

Idea penubuhan IKSEP lahir setelah menyedari bahawa masih ramai rakyat negara ini, terutamanya golongan muda yang tidak menghayati sejarah warisan bangsa secara mendalam dan tidak mempunyai semangat penghayatan patriotisme yang tulen kepada tanah air. Penubuhan IKSEP juga bertujuan menyahut cabaran gelombang era globalisasi masa kini. Disamping itu, tidak dapat dinafikan bahawa sejarah boleh dijadikan iktibar bagi mendidik masyarakat masa kini dan masa hadapan supaya mereka mempunyai semangat dan penghayatan patriotisme yang tinggi terhadap negara.