GALERI MULTIMEDIA

VIDEO VIDEO

 

AUDIO

 

HUBUNGI KAMI

INSTITUT KAJIAN SEJARAH DAN PATRIOTISME MALAYSIA (IKSEP) 

Graha IKSEP

No.6, Jalan Mutiara Melaka 3,

Taman Mutiara Melaka,

Batu Berendam,

75350 Melaka

 

Tel:

06-317 4475

Tel:

06-317 5324

Tel:

06-317 5450

Tel:

06-317 6224

Fax:

06-317 2671

 

email

 

fb1fb2

 

SIAPA DI TALIAN

We have 85 guests and no members online

 


Utama / Galeri / Buku-Buku IKSEPBuku IKSEP 2009 - 2001 (4)

 

Bil

Buku

Keterangan

10.

 

       Harga : RM 25.00

 

Editor : Datuk Paduka Prof. Ramlah Adam

 

 Sinopsis :

 

Matlamat menerbitkan buku ini adalah untuk mengimbas kembali zaman kehebatan dan ketuanan Kesultanan Melayu Melaka sehingga ia ditakluki oleh orang Portugis sebab-sebab peralihan kuasa ini berlaku; mengambil pelajaran dan iktibar tentang kejatuhan Melaka di tangan Portugal dan kesan-kesan yang boleh didapati sehingga ke hari ini; mengeratkan lagi hubungan antarabangsa antara negeri Melaka dan negara Portugal di mana ia adalah suatu hubungan yang berperanan di dalam memajukan sektor-sektor pelancongan dan ekonomi Melaka khususnya.  

 

11.

 


       Harga : RM 25.00

 

Editor : Datuk Paduka Prof. Ramlah Adam

 

Sinopsis :

 

Penerbitan buku Melaka First Unggul ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Melaka untuk menghebahkan kepada umum mengenai kejayaan yang dicapai oleh Melaka sebagai negeri pertama dalam pelbagai bidang.  Ia mencakupi kejayaan mencipta rekod, ciptaan baru, tokoh kepimpinan yang dikategorikan di peringkat cemerlang, gemilang dan terbilang.  Catatan kejayaan-kejayaan cemerlang yang dicapai oleh negeri Melaka dalam pelbagai bidang seharusnya menjadi kebanggaan rakyat negeri Melaka khasnya dan Malaysia amnya.

 

 

12.

 

     Harga : RM 25.00

 

Editor : Kadir Ahmad

 

 Sinopsis :

 

Buku Tokoh-tokoh Gemilang Melaka ini amat penting kerana ia merupakan satu tanda penghargaan kepada tokoh-tokoh yang banyak memberikan sumbangan kepada negeri Melaka dan Malaysia dalam bidang-bidang tertentu sama ada politik, pentadbiran, ekonomi, sosial, sastera dan pembangunan mental atau intelektualisme masyarakat.

 

 

13.

 

 

      Harga : RM 90.00

 

Editor : Datuk Paduka Ramlah Adam

 

Sinopsis :

 

Buku ini merupakan himpunan catatan perjalanan dan pengalaman bagi wartawan veteran , Kadir Ahmad tentang perjalanan dan perjuangan hidup beliau dalam politik, budaya serta masyarakat.  Bermula: Berkenalan Dengan YAB Datuk Seri Mohd. Ali Mohd Rustam; Sidang Pengarang Suara Melaka; Bandar Hilir; Tempah Sejarah Dunia; Berkenalan dengan Ghafar Baba; Konfrantasi dengan Tan Siew Sin; Kongres Kebudayaan dan Rombongan Kesenian Indonesia; Ditawarkan jadi Wakil Rakyat; Perikatan menang 20 Kerusi DUN; Bertemu Dr. Hatta dan Pak Hamka; Kalau Roboh Kota Melaka; Ghafar selamatkan Tunku daripada undi tidak percaya; Perasmian jambatan kontroversi; Rantau Panjang dan Golok syurga beli belah; Dilantik jadi Ketua Pengarang Bintang Timur serta rentetan perjalanan hidup beliau pahit dan manis sebagai seorang wartawan.

 

 

14.

 

        Harga : RM 90.00

 

 

Editor : Datuk Paduka Ramlah Adam

 

Sinopsis : 

 

Buku ini merupakan himpunan kertas-kertas kerja yang telah dibentangkan di Kolokium Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohammad di Melaka pada 21-22 April 2002.  Pemikiran-pemikiran Tun Dr Mahathir yang terkehadapan telah berjaya menjadikan Malaysia antara negara termaju di rantau Asia. Malah kejayaaan Malaysia telah dianggap sesetengah pakar ekonomi sebagai " Negara Harimau Asia"  Antara kandungai yang terdapat di dalam buku ini ialah : -

-Amanat Keramat Tun Dr. Mahathir Mohamad

-Biodata Tun Dr. Mahathir Mohamad 

-Gagasan Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad

-Resolusi Kolokium Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad di Melaka

 

 

 

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6