We have 63 guests and no members online
Utama / Galeri / Buku-Buku IKSEP / Buku Terbitan Terbaru
BUKU-BUKU IKSEP 2013-2010
Bil |
Buku |
Keterangan |
1. |
Harga : RM 25.00
|
Editor : Hj. Mokhtar Yasin ( Sasterawan Pertama Negeri Melaka )
Sinopsis:
Buku ini banyak menjurus dalam pelbagai bentuk puisi seperti romantis,patriotik dan bentuk-bentuk lain yang amat puitis dengan bahasa yang lembut serta idea yang sesuai untuk pembaca generasi muda.
|
2. |
Harga : RM 250.00 |
Ketua Editor: Prof. ( Adj ) Datuk Dr. Hj Mohd Jamil bin Mukmin Tim. Ketua Editor : Datuk Haji Azizi Bin Ujang
Editor: Haji Mohktar Yasin , Haji Mohd Yasin Ahmad, Dr. Haji Haron Kidam dan Mat Hassan Abdullah]
Sinopsis:
Pantun ialah puisi traditional Melayu turun temurun yang tertua di dalam budaya Melayu, selain mentera. Ia menggambarkan jiwa dan peribadi bangsa Melayu dari sudut keindahan dan bahasanya. Pantun juga adalah akar budi dan daya rasa yang selalu membijaksanakan fikiran dan memperindahkan perasaan. Ia wujud dalam pelbagai wajah dan rupa bentuk. Boleh dikatakan semua suku bangsa di Alam Melayu mempunyai bentuk pantunnya sendiri mengikut di alek masing-masing.Pantun digunakan untuk menyindir,berjenaka,memberi nasihat dan sebagai hiburan. Sejuta Pantun ini secara tidak langsung akan memartabatkan keunggulan pantun sebagai Warisan bangsa,tak lapuk ditelan zaman di samping dapat mencungkil dan kehalusan bahasa Melayu silam daripada aspek definisi,sejarah serta jenis-jenis pantun dan keistimewaan bait,rangkap dan iramanya yang sentiasa menjadikan para pendeganr kagum dan meminati dalam memahami maksud di sebalik sesebuah pantun yang dituturkan |
3. |
Harga : RM 35.00 |
Editor : Dr. Zulkarnain Abdul Rahman Hj. Jamil Bin Jamaat Nasaruddin Bin Ab. Rahman
Sinopsis:
Kajian ini dilakukan dengan tujuan meneliti sejarah perkembangan hubungan bilatera Melaka-Makassar( Ujung Padang ) dan memperkasakan hubungan Melaka-Makassar pada Abad 21. Asas kepada usaha ini ialah hubungan sejarah, diplomatik dan perdagangan yang telah sekian lama wujud di antara Melaka dengan Makassar sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan pada tahun 1262. Hubungan perdagangan dua hala Melaka-Mekassar bukan hanya melibatkan pertukaran komoditi semata-mata.Menerusi perdagangan dua ini berlaku pertukaran idea,percambahan bahasa,perkongsian nilai,kesenian,pendidikan dan sumber manusia, kesenian dan kebudayaan yang boleh di perkasakan dalam konteks hubungan Melaka-Makassar |
4. |
Harga : RM 25.00 |
Editor: Prof. ( Adj ) Datuk Dr. Hj Mohd Jamil bin Mukmin
Sinopsis:
Kisah sejarah yang mempaparkan kepahlawanan dan perjuangan Sultan Mahmud bersama isterinya Tun Fatimah menentang Portugis merupakan peristiwa sejarah yang ulung bagi oran-orang Melayu menentang pencerobohan penjajah Barat di Alam Melayu ini.Perjuangan dan pengorbanan Tun Fatimah sepanjang hayatnya untuk mengembalikan kedaulatan Melayu khususnya menentang Portugis di Melaka membuatkan beliau diberi gelaran sebagai “Serikandi Melaka” atau “ Tun Fatimah Serikandi Melayu “.
|