Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme (IKSEP)

Mengenai Institut

Misi & Kenyataan Misi

Wawasan Institut

Objektif Penubuhan Institut

Kembali Semula

Dimiliki oleh: Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme (IKSEP)

MENGENAI INSTITUT

SEJARAH IKSEP


Institut Kajian Sejarah Dan PatriotismeIKSEP ditubuhkan pada 23 Februari 1994 di bawah Akta Syarikat Tahun 1965 sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan.

Memulakan operasinya pada 1 Jun 1994.Individu terpenting yang terlibat secara langsung dalam penubuhan IKSEP ialah Tan Sri Haji Abdul Rahim bin Datuk Tamby Chik, Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd. Rustam, Datuk Haji Ahmad Ithnin, Prof. Emer. Datuk Wira Dr. Mohamad Yusoff Bin Hashim dan Datuk Dr. Haji. Mohd Jamil Bin Mukmin.

Pelancaran rasminya dilakukan Ketua Menteri Melaka pada masa itu, Tan Sri Haji Abdul Rahim bin Datuk Tamby Chik pada 16 Ogos 1994 sempena dengan pelancaran Konvensyen Kebangsaan Sejarah Malaysia di Dewan Hang Jebat, Pusat Ekspo, Ayer Keroh, Melaka.

Kembali Semula

 

 

MISI & KENYATAAN MISI

 

MISI IKSEP


Meningkatkan semangat patriotisme melalui perancangan dan pelaksanaan program-program kajian sejarah, konvensyen, seminar, bengkel, kolokium dan sebagainya.



KENYATAAN MISI IKSEP



“ Menjadikan IKSEP sebuah badan yang kukuh dan berkesan dalam membuat kajian tentang sejarah dan patriotisme dan menerapkan penghayatan semangat patriotisme atau setia negara ke dalam sanubari setiap rakyat Malaysia agar kedaulatan dan maruah agama, bangsa dan negara terjamin.”

Kembali Semula

 

Misi & Kenyataan Misi

OBJEKTIF PENUBUHAN

OBJEKTIF PENUBUHAN IKSEP


1. Mengkaji dan mencungkil semangat patriotisme yang perlu dipupuk kedalam sanubari setiap rakyat Malaysia.


2. Mengkaji aspek dan nilai sejarah serta peradaban dan tamadun duniadan tanahair untuk memantapkan lagi semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia umumnya.


3. Menyebarkan semangat patriotisme menerusi pelbagai bidang dandisiplin ilmu dari semasa ke semasa demi kepentingan ummah dan kedaulatan agama, bangsa dan negara.


4. Menjadi badan penasihat dan petunjuk kepada kerajaan, agensi-agensi swasta dan badan-badan sukarela mengenai corak dan ciri-ciri patriotisme yang harus mereka praktikkan serta jenis kegiatan yang harus mereka ikuti mendorong ke arah pencetusan semangat patriotisme.

Kembali Semula

OBJEKTIF PENUBUHAN

WAWASAN

WAWASAN IKSEP


Menjadi sebuah organisasi terkemuka bagi memupuk dan meningkatkan semangat patriotisme.

Kembali Semula

Wawasan